Dalam mengemudi sebuah rumah tangga ke arah kebahagiaan hakiki, peranan pentingsuami dan isteri dalam mewujudkan kasih sayang dan keharmonian seharusnya menjadikeutamaan. Oleh itu berazamlah menjadi pasangan terbaik untuk pasangan anda. Jikaanda mampu melakukannya, sudah pasti kebahagiaan adalah ganjaran yang amat tidak ternilaiTerimalah kenyataan tentang diri anda dan pasangan seadanya. Jangan hidup dalamkepura-puraan, hiduplah dalam dunia realistic. Jangan mengharap pasangan anda terlalusempurna dan jangan sesekali menyamakan pasangan anda dengan orang lain semata-mata untuk mengambil hatinya
BERTERUS TERANG DENGAN PASANGAN
Awas! Jangan suka menilai atau membuat tanggapan sendiri tentang diri dan perasaan pasangan anda. Biasanya tanggapan anda terhadap pasangan adalah salah satu kurangtepat. Sebaik-baiknya selami hati dan perasaan pasangan anda. Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan suka memendam perasaan.Sebaliknya anda perlumenunjukkan perasaan sebenar anda untuk kebahagiaan bersama. Menjalani kehidupan bersama pasangan pastinya lebih bermakna jika anda berdua sering menghabiskan masa-masa gembira dan duka bersama-sama.Oleh itu bermula dari hari ini,ubah kebiasaan hidup anda. Pastikan anda melakukan segala aktiviti bersama pasanganuntuk mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain.Jika pasangan anda gemar menonton teater, jangan biarkan si dia pergi bersendirian. Jikasi dia gemar membeli belah, jangan biarkan si dia menghabiskan masa gembiranya bersama teman-teman atau anak-anak. Sertai pasangan anda dan cintai aktivitikegemarannya atau setidak-tidaknya tunjukkan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi
FAHAM MEMAHAMI DAN BERTOLAK ANSUR
Sikap faham memahami dan bertolak-ansur amat penting dalam sesebuah ikatan suamiisteri.Tanpa dua ciri penting ini, sudah pasti ikatan suami isteri mudah goyah kerananhubungan antara suami isteri sentiasa dibelenggu kemarahan, rasa tidak puas hati dandendam yang tidak sudah. Terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda. Janganterlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan jua kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda. Jika pasangan anda bahagia sudah pasti anda juga turut menerimatempias kebahagiaannya
TUNJUKKAN CINTA BUAT SI DIA
Belikan minyak wangi, seutas jam tangan, sejambak bunga atau coklat untuk si dia. Atausesekali masakkan menu istimewa buat pasangan anda untuk menunjukkan cinta dankasih sayang mendalam anda terhadapnya. Anda tidak perlu menunggu hari-hari tertentu
seperti hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan utuk melakukan kejutan buat pasangan anda kerana dengan cara sebegini pasangan anda pasti akan merasa terharu dandisayangi
HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN
Berhenti daripada tabiat menyindir pasangan anda.Usah memperkecilkan rambut isterianda semata-mata untuk menyakitkan hati dan perasaannya atau hanya bermaksud untuk mengusiknya. Sebelum berkata sesuatu, tanya diri sendiri apakah pasangan anda dapatmenerima kata-kata anda dengan hati terbuka atau sebaliknya. Belajarlah menghormati pasangan anda dengan menerima segala kelemahan dan kekurangannya dan tidak menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka mahupun sindirian
LUPAKAN PERISTIWA LALU
Jangan suka mengungkit tentang masa silam pasangan anda. jangan sesekali berceritatentang keseronokan kisah cinta anda dengan bekas kekasih lama. Sikap anda hanya akanmengguris perasaan pasangan dan ia juga. boleh menyebabkan kekeliruan berlaku.Mungkin pasangan anda beranggapan anda masih menjalinkan hubungan dengan bekaskekasih atau lebih teruk si dia menganggap anda untuk menyambung kembali hubunganyang telah terputus
BUANG SIKAP CEMBURU
Cemburu memang perlu dalam sesebuah perhubungan, tetapi jika keterlaluan ia akanmenyusahkan pasangan dan akan menghancurkan sesebuah rumah tangga. Kalau andasering menyelongkar barang-barang milik pasangan, mencuri baca diari atau pesananringkas telefon bimbit pasangan, anda perlu hentikan segera tabiat buruk ini. Ingatlahsikap cemburu membabi buta boleh meracuni kebahagiaan rumah tangga anda berdua.Beri kepercayaan penuh kepada pasangan anda dan sentiasa berfikiran positif.
TUNJUKKAN KOMITMEN ANDA PADA PASANGAN
Pastikan pasangan anda menjadi keutamaan dalam hidup anda. Jangan sesekalimengecewakan pasangan anda dalam apa jua situasi. Ttunjukkan komitmen andaterhadap pasangan dan pastikan anda sentiasa berada di sisinya di saat si dia berada didalam kesusahan mahupun kesenangan
JUJUR
Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga. Bercakap benar lebih baik daripada membohongi perassan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya. Jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yangdirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang anda pecah, pasangan
sumber:
http://www.scribd.com/doc/16459333/10-Cara-Mencari-Pasangan-Terbaik
sumber:
http://www.scribd.com/doc/16459333/10-Cara-Mencari-Pasangan-Terbaik
Comments